Wednesday, March 28, 2012

Jangan..!!!

JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.


- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal 



kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal 



selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

Saturday, November 19, 2011

Kaedah Menguatkan Ingatan

Penyebab kepada lupa : -

- Makan kepala ikan
- Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang
seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai
mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.
Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan / berkelahi
sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa.
Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil ‘dopamin’akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.

Rahsia Dan Cara Menguatkan Daya Ingatan
Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita
dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita.
Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -
- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya
Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia.
Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya
sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik
diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan
nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.
Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara
meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat
Allah SWT selalu. Daya ingatan akan ertambah kukuh sekiranya tidak
sesaat un kita lupa kepada-NYA.

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.
Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh dan
mudah menerima ilmu dan mengingatinya.

Friday, August 5, 2011

Apa itu Orb?




Tidak ada seorang pun yang boleh mendakwa bahawa dirinya pakar tentang orb, tetapi ini adalah tugas dan tanggungjawab setiap penyiasat paranormal. 

Menurut para pengkaji paranormal, orb adalah dipercayai sebagai roh manusia atau “suatu bentuk tenaga” yang pernah mendiami tubuh manusia semasa hidup. Adalah dipercayai bahawa orb-orb lebih suka menetap di dunia ini kerana ikatannya lebih kuat kepada tempat-tempat yang disukainya semasa hidup. 

Ada juga yang berpendapat bahawa selain daripada jin, manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang Allah ciptakan, orb adalah sejenis hidupan mikroorganisma yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar. 

Ada segolongan saintis pula berpendapat bahawa orb tidak berkaitan langsung dengan unsur-unsur roh. Ianya adalah sejenis tenaga yang berkaitan dengan “Hukum Termodinamik Pertama” (tenaga tidak boleh dimusnahkan) tetapi ia hanya berpindah dari satu jisim ke jisim yang lain.

Saya berpendapat bahawa Orb itu bukanlah terdiri daripada roh orang yang matI kerana roh orang yang mati tidak akan kembali hidup didunia ini…kerana kita sebagai manusia akan terus hidup berpindah daripada satu alam kepada alam yang lain…yang pernah dikatakan orang pernah jumpa orang yang dah mati…saya berpendapat yang dijumpainya itu adalah sebangsa jin yang menyerupai orang yang sudah mati…keterangan tentang orang mati tidak kembali ke alam nyata ini ada dinyatakan dalam artikel paranormal dalam website ini iaitu artikel Jenis-jenis Hantu 



Jurugambar professional bermati-matian mengatakan orb adalah merupakan salah satu kesan kesilapan optik atau refleksi cahaya terhadap habuk yang biasanya dihadapi oleh kamera-kamera digital. (http://pyrrho.s5.com/orbs.html)

Cerdik pandai agama lebih terdorong bahawa orb adalah jin. 

"Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada dari kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlain-lain" (Surah AL-Jinn:11) 

Sifat-sifat 

Orb merupakan penjelmaan makhluk halus paling mudah sekali…walaupun ianya paling mudah bagi mereka…kita tetap tidak dalam melihat mereka dengan mata kasar…Orb ini hanya boleh dilihat dengan rakaman kamera atau video digital…penjelmaan makhluk halus secara yang kita boleh lihat secara mata kasar, memerlukan satu bentuk tenaga yang tinggi…kerana secara teorinya makhluk ini berada dalam frekuensi yang rendah sedangkan kita yang hidup dalam dunia yang nyata dan serba kenyataan yang boleh dilihat dengan mata kasar ini, dalam frekuensi yang tinggi… 

Ia adalah suatu keganjilan yang biasa dialami oleh jurukamera sewaktu merakamkan imej-imej. Persamaan diantara kesemua orb yang telah berjaya dirakamkan adalah berbentuk bulat, bercahaya, hampir lutsinar dan sentiasa terapung di udara. Pada kebiasaannya, sesebuah orb akan mempunyai bahagian dalaman dan terdapat satu bintik ditengahnya yang dipanggil “nucleus”. 

Imej cahaya yang terhasil dari orb juga berbeza antara satu sama lain. Sesetengah dari orb-orb ini mampu memgeluarkan cahaya yang sangat terang manakala ada juga yang pudar dan sukar dilihat. 

Pergerakan orb juga pada kebiasannya adalah pantas dan amat jarang berada dalam keadaan statik. Rakaman orb dari perakam kamera digital boleh dianggap sebagai yang terbaik sekiranya imej tersebut mengandungi “ekor kecil” kesan dari pergerakkan laju dan tidak dijangka hala tujunya. 

Orb biasanya hadir di merata-rata tempat terutama yang mempunyai kesan peninggalan sejarah atau tempat-tempat tragis. Perubahan suhu dan cuaca amat jarang memberi kesan terhadap orb-orb menyebabkan ia adalah sejenis hantu yang paling mudah ditemui sekaligus menjadikan ia amat popular di kalangan pengkaji paranormal.





Nota : Kini baru saya ketahui, apa itu orb. Boleh baca blog Mazidul mengenai kes paranormal bersama krew '666' beliau dengan penghayatan yang tinggi. ;)

sumber dipetik dari: http://www.greenappleku.com/2011/07/orb-dan-paranormal.html
TERIMA KASIH.

Saturday, April 9, 2011

KERIS MELAYU

Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya.




Sang Guna adalah orang pertama dizaman Sultan Muhammad Syah Melaka telah membuat keris tempa panjang, berukuran tiga jengkal. Unsur logam campuran besi dan tahi bintang adalah bahan utama membuat keris tersebut.



Keris yang asalnya dari perkataan kekeratan "Ke" dan "aris" yang bermakna tenang, lambat atau halus adalah kelompok senjata tikam yang merupakan lambang kekuatan para hulubalang serta kerajaan-kerajaan purbakala di zaman dahulu.

Keris berkait rapat dengan ilmu persilatan di nunsantara. Didalam majlis berlimau keris 

adalah suatu senjata yang wajib ada. keres juga merupakan kebanggaan orang-orang Melayu.


Merujuk kepada Kamus Dewan (edisi tiga), keris didefinisikan sebagai ‘sejenis senjata bermata dua yang tajam (bilahnya lurus dan berlok-lok). Dari aspek terminologi pula, perkataan keris mungkin berasal daripada dua frasa iaitu ke (imbuhan) dan hiris (kata kerja) yang seterusnya membentuk kata nama keris iaitu sejenis alat untuk memotong sesuatu atau menikam. (Mawar Shafie, Dewan Budaya, 1996).




Berdasarkan Profesor Madya Dr. Zainal Abd. Latif melalui pembentangan kertas kerja ‘Mengenal Melayu dan Pemikirannya Melalui Seni Pencak Silat (Jun 2000), keris dimaksudkan ‘sejenis senjata tikam yang dipercayai telah wujud sebelum abad ke-14 dan dianggap sebagai sebahagian daripada artifak budaya Nusantara’.Manakala Tuan Hj. Zaabar Yusof memberi gambaran umum keris sebagai ‘sejenis senjata pendek yang berkait rapat dengan warisan budaya bangsa Melayu’. (Keris Dalam Perfektif Islam, 1999: 37).



gambar: cikgu fauzi, guru saya dari sungai petani


Dilihat dari sudut dialek rumpun Melayu Nusantara pula, dalam bahasa Krama-Inggil keris disebut duwung. Dalam bahasa Jawa (Kawi) senjata ini dipanggil cirigo. Manakala dalam bahasa Kemboja pula disebut kroes. Berdasarkan fakta kajian Mobeirman (1980) Keris Jawa Demam antara keris yang terkenal di Nusantara disebut sebagai Kocit-Kocitan.
Walaupun pelbagai makna dan istilah yang diberikan, konklusinya keris tetap dianggap sebagai salah satu senjata orang Melayu yang tinggi hasil tukangan, kesenian, dan darjatnya serta diperhalus seni permainannya yang penuh berahsia dalam pergerakan silat Melayu.



gambar: cikgu nordin (kipas emas) seorang pakar keris yang telah diajar sendiri oleh arwahyarham Dato Meor.

                                    kenangan semasa istiadat khatam keris kebangsaan PSSGM



Tuesday, March 29, 2011

sehari bersama Cg.Sazali Meor Abdul Rahman (Singa Malaya)

Assalamualaikum.....
syukur alhamdulillah dengan rahmat ALLAH S.W.T baru2 ini saya dan rakan2
berkesempatan mengikuti satu kursus anjuran Kumbang Hitam Training Centre
yang diadakan di UNISEL SHAH ALAM.

kami cukup berasa bertuah kerana dapat mempelajari dari tangan cikgu sazali sendiri dan
juga cikgu wan yang bergelar Kumbang Hitam. Terima kasih diatas segala tunjuk ajar
yang telah cikgu2 dan tenaga pengajar telah berikan kepada kami.

disini saya sertakan beberapa foto semasa kursus itu berlangsung....jom tengok :)

apa bila abg bertemu adik...
kawan2 dari gelanggang kg.melayu subang

masa rehat...

gembiranya mereka...hehehehe

cikgu li: owh melawan ya...

cikgu sazali memberi tunjuk ajar kepada pesilat2

arm lock yg ringkas tapi sakit...

semasa sesi bersama cikgu nordin perlis (kipas emas)

amanat2 sebelum tamat kursus...

bersama sijil yg diperoleh

semua peserta kursus pada hari itu

bergambar kenangan bersama cikgu sazali



bila lah nak jumpa lagi kan :)



p/s:terima kasih daun keladi...ada masa kita bertemu lagi :)